Anugerah Pingat Emas ANALIS / ANALIS Gold Medal Award
Anugerah Pingat Emas ANALIS diperkenalkan mulai tahun 2022 bertujuan memberikan pengiktirafan individu dalam kerjaya pertengahan yang merupakan ahli ANALIS aktif dan telah memberikan sumbangan cemerlang dalam penyelidikan, pendidikan dan kepimpinan dalam bidang sains analisis.
BENTUK ANUGERAH
Pemenang bakal menerima wang tunai RM1,000 (Satu Ribu), Pingat dan Sijil yang akan diumumkan pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan ANALIS.
KRITERIA ASAS PENCALONAN
- Calon hendaklah berumur melebihi 41 tahun dan kurang daripada 52 tahun pada tahun pencalonan. (*kerjaya pertengahan: 41 hingga 52 tahun)
- Calon adalah ahli ANALIS sekurang-kurangnya 10 tahun dan aktif dalam aktiviti ANALIS.
- Calon pernah menerbitkan hasil penyelidikannya dalam Malaysian Journal of Analytical Sciences (MJAS).
- Pencapaian calon adalah dari aspek sumbangan cemerlang dalam penyelidikan, pendidikan dan kepimpinan dalam bidang sains analisis.
PENCALONAN
- Pencalonan hendaklah dibuat pada Borang Pencalonan ANUGERAH PINGAT EMAS ANALIS yang boleh diperolehi daripada laman web ANALIS (analis.com.my).
- Semua pencalonan mesti dicadang dan disokong oleh ahli ANALIS dan hendaklah disertakan dengan maklumat pencalonan (serta gambar terkini), kenyataan sokongan Ketua Jabatan dan biografi calon.
- Pencalonan hanya sah dengan persetujuan calon.
- Terhad kepada satu calon sahaja dari setiap universiti bagi tahun pencalonan.
- Semua pencalonan hendaklah sampai ke Sekretariat ANALIS selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang pada 15 Julai 2022.
PROSES PENILAIAN
- Pencalonan akan dinilai oleh Panel Penilai Khas yang terdiri daripada ahli ANALIS yang terkemuka.
- Jika pada pendapat Panel Penilai Khas tiada calon yang sesuai untuk Anugerah Pingat Emas ANALIS, maka tiada penganugerahan untuk tahun tersebut.
- Keputusan Panel Penilai Khas adalah muktamad.